Terima kasih atas kunjungan berharga anda. Jadikan ia berharga dengan bermain di column kempen saya (saya akan balas jasa anda).
Blog ini di'maintain'oleh blogger yang masih ayam dalam teknik editing. So kalo berat sgt nak load page tu, sila inform. Owner akan cuba buangkan any load yang tak perlu. Kalo ada sebarang cadangan lagi bagus. Send dekat
pakcoh@gmail.com

Friday, April 29, 2011

Amalan malam Saiyyidul Ayyam

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.

Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!

Pada malam Jumaat , kita digalakkan:
  • membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. 
  • Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.
  • Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. 
  • Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
Kepada kaum lelaki,
  • disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kuku dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.
  • Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.Ranung²kan dan selamat beramal..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...