
Hari ini aku dah khatamkan 2 article yg menarik sebagai peringatan utk kita persiapkan diri menhadapi Kiamat!
Ni link kepada article tersebut
Selamat membaca.. Gunalah ilmu utk mendekatkan diri kepada Pencipta Alam yang Mutlak. Wallahu'alam
Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.
Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini? Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?
1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful.. Dan
2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..
Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..
Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful;
Alasan 1
Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.
Alasan 2
Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….
Alasan 3
Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….
Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful…
Di bawah ini dinyatakan secara ringkas mengenai manfaat dari Pelan Takaful Ikhlas:-
Bil. | Takaful | Insurans Konvensional |
1. | Konsep saling bekerja-sama, bertanggung-jawab dan lindung-melindungi. | Konsep perniagaan yang berteraskan keuntungan semata-mata. |
2. | Kontrak Tabarru' (menderma sebahagian dari sumbangan) dan Kontrak Al-Wakalah (membenar pihak Takaful Ikhlas menguruskan dana sumbangan peserta). | Kontrak jual-beli dimana pihak syarikat insurans akan menaggung segala liability terhadap pemegang polisi- penanggung insurans berlesen. |
3. | Terhindar dari unsur-unsur gharar, maisir dan riba. | Wujud unsur-unsur gharar, maisir dan riba. |
4. | Operasi dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah | Tiada Majlis Pengawasan Syariah. |
5. | Keuntungan pelaburan diagih berdasarkan konsep mudharabah atau yuran prestasi. | Keuntungan diagih berdasarkan kadar faedah. |
6. | Pengeluaran sebahagian dibenarkan dan tiada kadar faedah dikenakan. | Pinjaman dibenarkan dan kadar faedah dikenakan. |