Terima kasih atas kunjungan berharga anda. Jadikan ia berharga dengan bermain di column kempen saya (saya akan balas jasa anda).
Blog ini di'maintain'oleh blogger yang masih ayam dalam teknik editing. So kalo berat sgt nak load page tu, sila inform. Owner akan cuba buangkan any load yang tak perlu. Kalo ada sebarang cadangan lagi bagus. Send dekat
pakcoh@gmail.com

Sunday, September 5, 2010

3 Sebab Kenapa Skim Takaful Penting Kepada Anda

Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.

Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.

Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini? Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?

1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful.. Dan

2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..

Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..

Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful;

Alasan 1

Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.

Alasan 2

Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….

Alasan 3

Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….

Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful…

Di bawah ini dinyatakan secara ringkas mengenai manfaat dari Pelan Takaful Ikhlas:-


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

Dengan mencarum RM100* Sebulan, Anda akan mendapat Manfaat-Manfaat berikut:

MANFAAT PERLINDUNGAN KEWANGAN KELUARGA
Akibat Kematian & hilang upaya kekal menyeluruh - RM 50,000

PENGGANTIAN PENDAPATAN
Akibat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh kerana kemalangan - RM 71,000

DANA PENYAKIT KRITIKAL TAMBAHAN
40 Jenis Penyakit Kritikal - RM 30,000

PAMPASAN KEMALANGAN
Keilatan Separa Kekal berdasarkan % - RM 21,000

KHAIRAT KEMATIAN
Dana Pengurusan Jenazah - RM 1,000

MANFAAT HARIAN HOSPITAL
Elaun Mengikut Jumlah Hari - RM 100 sehari

TABUNGAN / SIMPANAN

Serahan / Tempoh Matang - RM 52,839

PENGECUALIAN SUMBANGAN
Akibat Lumpuh Kekal/ditimpa 40 jenis Penyakit Kritikal

PELEPASAN CUKAI/BERAMAL JARIAH
Pelepasan Cukai Maksimum - RM 6,000
Konsep Tabarru' (derma) dalam Dana At-Ta'awuni


*illustrasi di atas adalah berdasarkan kiraan simpanan untuk peserta berumur 25 tahun, lelaki dan matang pada umur 55 tahun dengan kadar keuntungan 6% setahun.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan sila hubungi:

Luqman Nawawi
Tel/SMS : 017-9616771
Email : luqmanawawi@yahoo.co.uk
ym: luqmanawawi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...