Terima kasih atas kunjungan berharga anda. Jadikan ia berharga dengan bermain di column kempen saya (saya akan balas jasa anda).
Blog ini di'maintain'oleh blogger yang masih ayam dalam teknik editing. So kalo berat sgt nak load page tu, sila inform. Owner akan cuba buangkan any load yang tak perlu. Kalo ada sebarang cadangan lagi bagus. Send dekat
pakcoh@gmail.com

Thursday, September 2, 2010

Insurans Takaful vs Insurans Konvensional

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidakpastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. itu, contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badui yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud: "Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi) 

Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu terus bertawakkal kepada Allah s.w.t. semata-mata. 

Justeru, apekah perbezaan diantara insurans takaful dengan insurans konvensional:

Bil. TakafulInsurans Konvensional
 1.Konsep saling bekerja-sama, bertanggung-jawab dan lindung-melindungi.Konsep perniagaan yang berteraskan keuntungan semata-mata.
 2.Kontrak Tabarru' (menderma sebahagian dari sumbangan) dan Kontrak Al-Wakalah
(membenar pihak Takaful Ikhlas menguruskan dana sumbangan peserta).
Kontrak jual-beli dimana pihak syarikat insurans akan menaggung segala liability terhadap pemegang polisi- penanggung insurans berlesen.
 3.Terhindar dari unsur-unsur gharar, maisir dan riba.Wujud unsur-unsur gharar, maisir dan riba.
 4.Operasi dikawal selia oleh Majlis Pengawasan SyariahTiada Majlis Pengawasan Syariah.
 5.Keuntungan pelaburan diagih berdasarkan konsep mudharabah atau yuran prestasi.Keuntungan diagih berdasarkan kadar faedah.
 6.Pengeluaran sebahagian dibenarkan dan tiada kadar faedah dikenakan.Pinjaman dibenarkan dan kadar faedah dikenakan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...