Terima kasih atas kunjungan berharga anda. Jadikan ia berharga dengan bermain di column kempen saya (saya akan balas jasa anda).
Blog ini di'maintain'oleh blogger yang masih ayam dalam teknik editing. So kalo berat sgt nak load page tu, sila inform. Owner akan cuba buangkan any load yang tak perlu. Kalo ada sebarang cadangan lagi bagus. Send dekat
pakcoh@gmail.com

Thursday, September 16, 2010

Takaful Ikhlas bayar pampasan kepada ibu tunggal

Sumber: Sinar Harian, 29hb Januari 2010
Seorang ibu tunggal melahirkan rasa gembira, terharu dan bersyukur apabila menerima bayaran ganjaran polisi perlindungan Ikhlas Savings Takaful dari Takaful Ikhlas Sdn Bhd yang dimiliki arwah suaminya.
Penerima berkenaan, Norazilah Shaari, 26, berkata, suaminya, Jamali Jalani meninggal dunia pada 3 Oktober tahun lalu kerana demam.
Menurutnya, suaminya itu hanya bekerja sebagai seorang petani sementara dia hanya sebagai suri rumah sepenuh masa.
“Suami saya memang seorang yang berpandangan jauh serta mahu hidup keluarga terjamin dan berjimat dengan hasil pendapatan sebagai seorang petani.
“Selain berjimat, suami saya juga mengambil polisi perlindungan Ikhlas Savings Takaful daripada Takaful Ikhlas Sdn Bhd, dengan membayar secara berkala enam bulan sekali, iaitu setiap lepas menuai padi dengan bayaran sebanyak RM2,196 sekali bayar dengan jumlah jaminan RM135,000 “, katanya.
Norazilah berkata, suaminya juga mengambil polisi Ikhlas Education Takaful untuk anak sulungnya, Ahmad Hafizuddin, 5, dengan bayaran berkala enam bulan sekali, juga selepas menuai padi dengan bayaran RM450, bagi enam bulan.
Dia berterima kasih kepada Takaful Ikhlas Sdn Bhd kerana membayar ganjaran perlindungan polisi ini dalam masa yang singkat.
“Wang ini akan disimpan sebaik mungkin untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan persekolahan tiga anak saya hingga ke peringkat tertinggi.
“Sebahagian wangnya akan disimpan dalam amanah saham bagi memastikan wang tersebut tidak habis begitu sahaja”, katanya.
Sementara itu, cek bayaran pampasan berjumlah RM137,512 disampaikan Pengurus El Sham Agensi dari Kamunting, Samsudin Man.
Samsudin Man, 54, berkata, Takaful Ikhlas Sdn Bhd membayar sejumlah RM5,000 sebaik Jamali meninggal dunia untuk urusan pengkebumian dan pembayaran kemudiannya melalui cek sebanyak RM95,000 menjadikan jumlahnya RM100,000.
Menurutnya, baki RM37,512 akan dibayar setelah Norazilah menyediakan surat pecah kuasa yang diperoleh daripada pihak Pentadbiran Harta Pusaka Daerah Kerian.
“Sebaik Jamali meninggal dunia maka bayaran polisi Ikhlas Education Takaful anaknya Ahmad Hafizuddin sebanyak RM450 untuk setiap enam bulan dikecualikan dan polisi kekal sehingga 20 tahun dengan yang dinyatakan akan diberi.
“Kaedah pembayaran ganjaran polisi terhadap polisi milik Jemali adalah berasaskan Akta Takaful 1984 dan Peraturan Takaful 2009 malah kami sentiasa berusaha menjelaskan bayaran ganjaran pemegang polisi dengan cepat setelah segala dokumen diperlukan disediakan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...