Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!
Pada malam Jumaat , kita digalakkan:
- membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin.
- Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.
- Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah.
- Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
- disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kuku dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.
- Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.