Terima kasih atas kunjungan berharga anda. Jadikan ia berharga dengan bermain di column kempen saya (saya akan balas jasa anda).
Blog ini di'maintain'oleh blogger yang masih ayam dalam teknik editing. So kalo berat sgt nak load page tu, sila inform. Owner akan cuba buangkan any load yang tak perlu. Kalo ada sebarang cadangan lagi bagus. Send dekat
pakcoh@gmail.com

Tuesday, April 12, 2011

Bakal nama anak terbaru Beckham

Los Angeles - Isteri David Beckham, Vistoria Beckham, kembali membuat sensasi. Kali ini dia akan memberi nama anak nya yang bakal dilahirkan dengan nama sebuah tempat.

Ahli kumpulan Spice Girl itu nampaknya ingin meneruskan tradisi beliau dengan menamakan anak nya sempena nama sebuah tempat.

Sebelum ini dia telah menamakan anak pertamanya dengan nama Brooklyn. Kali ini Posh dikhabarkan akan memberi nama Puteri beliau yang akan dilahirkan pada bulan July ini dengan nama Santa iaitu sebuah tempat di Los Angeles, Santa Monica.

Namun, nama tersebut masih belum mendapat persetujuan dari suaminya. Ini kerana, Becky bimbang orang lain yang mendengarnya akan menghubungkan anaknya dengan Santa Claus, bukan Santa Monica.

“Menurut Posh (panggilan akrab Victoria), nama Santa Beckham sangatlah cantik dan unik,”  sumber dari  The Sun.

“Beckham inginkan sebuah nama yang tradisional. Namun, dia mungkin akan tetap setuju dengan pilihan Posh,” ulasnya.

6 comments:

  1. Macamlah manusia nikan... nak cari nama untuk anak pun menjadi isu. Kelakar betul.

    ReplyDelete
  2. tu ah.. nasib tak lahir kat sungai Ular.. kalo tak bagi nama Ular.

    ReplyDelete
  3. huhu.. nama pon leh jadi masalah laki bini ek... :)

    ReplyDelete
  4. hok aloh..punya la ketinggalan jaman mak ni..posh mengandung yek??

    Huhuhu..

    P/s: Bintang poojaan ati mak si beckham tu

    ReplyDelete
  5. @Lagenda

    Dah tu omak sibuk ngan pujaan hati kat rumah.. mmg la ketinggalan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...